selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Friday, December 7, 2018

Sedia terima tamu


Assalamualaikum,

Villa Maarof kini bersedia menerima tetamu...terdapat 2 unit rumah, iaitu rumah tingkat bawah dua bilik dan tingkat atas 3 bilik, Villa Maarof adalah rumah teres jenis town house...anda boleh sewa kedua-dua unit sekali gus dengan harga yang berpatutan berbanding hotel yg jauh lebih mahal.

Boleh email atau watsup saya (alamat email dan ws number terdapat sebelah kanan blog ini.

Terdapat Wifi (internet) dan astro Njoi bagi mereka yg perlukan servis tersebut. Bagi anda yg tiada kenderaan, khidmat GRAB mudah di sini...anda boleh call di talian dan tidak mengambil masa yg lama utk GRAB tiba...

Masjid juga berhampiran bagi yg ingin bersolat jemaah...dan warung kampung dan restoran juga banyak di Sungai Penchala dan sekitarnya...

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment