selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Friday, August 31, 2018

Perkenalan

Assalamualaikum,

Anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur dan memerlukan kediaman atau tempat tinggal untuk beberapa hari semasa berada di ibu kota (Kuala Lumpur)?

Villa Maarof terletak dalam kawasan perkampungan Melayu di kelilingi hutan rimba tropika dan villa ditengah-tengah kawasan perumahan Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Country Height, Bandar Manjalara dan Mont Kiara.

Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 15 minit melalui terowong Penchala Link. Jika anda ingin membeli belah di IKEA dan One Utama, ia hanya mengambil masa sekitar 5 minit berkereta dari Villa Maarof.

Makan dan minum tiada masalah jika anda tinggal di sini. Terdapat banyak kedai makan dalam kawasan kampung dan juga berpuluh-puluh restoran dan kopitiam yang menghidangkan berbagai menu tempatan dan antarabangsa yang boleh anda nikmati. The Curve yang terletak berhampiran IKEA mempunyai berpuluh restoran dan cafe yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan samada masakan Melayu, China, India, Eropah, Jepun, Korea, dan terdapat banyak kopitian dan cafe untuk anda lepak-lepak dan bersantai sambil minum kopi dan mendengar muzik.