selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Saturday, December 5, 2015

Rombongan merisik dari kampung teman...:)

Assalamualaikum,
minggu ni saya ada tamu dari Padang Rengas, Kuala Kangsar. Mereka menginap 2 malam...tujuan datang ke Kolumpo kerana nak merisik atau menyunting bunga di Taman Tun...hehe...hebat famili abang J...baru nak merisik dah segerombolan datang....belum lagi nak nikah...muahaha...

Jangan marah ye cik abang...darah tengah manis tu...

So sejak semalam kkida menggilap Villa Maarof...al maklumlah dah bertahun tak sewa sebagai homestay since ika dan ariff duduk...hampir dua tahun gaklah...banyak benda saya nak tambah...tapi slowlylah ye....InsyaAllah jika ada rezki saya akan pasang TV/Astro semula...dulu memang ada...tapi saya potong kerana tak guna...begitu juga internet memang belum pernah ada...jika ada keperluan InsyaAllah...boleh masukkan...


Kesemua 5 bilik homestay telah beraircon...so memang sangat selesalah...itu yang mustahakkan...

Walaupun ada dapor saya tidak benarkan anda masak buat masa ini...kerana pada saya keperluan masak tidak ada bagi mereka yang dtg setakat 2 malam...keliling homestay banyak sumber makanan...kedai makan pun banyak...pilih aje nak makan stail apa...minang, padang, chinese style, thai style, indian style mat saleh style, semua ada...dlm kampung Penchala aje...tak payah keluar jauh-jauh...


Keperluan memasak hanya bagi penyewa long term sahaja......:)


Bagi yang berminat nak sewa Villa Maarof sila ws saya atau boleh aje buat booking di AirBnB...InsyaAllah saya akan cuba balas secepat mungkin....InsyaAllah.