selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Wednesday, June 8, 2011

tamu dari johor

minggu cuti sekolah ni banyak pasangan yang melangsungkan perkahwinan...dan dua minggu berturu-turut ni Villa Maarof juga menerima ramai tamu....

minggu lepas ramai tamu yang meraikan perkahwinan saudara mereka yang tinggal di TTDI, tapi saya tak berkesempatan mengambil foto mereka...tetapi hari ni saya sendiri menyambut ketibaan tamu dari johor yang akan menginap di VM selama 3 malam...selamat datang ke sungai penchala dan khususnya ke Villa Maarof...harap anda semua berpuashati dengan penginapan ini....VM memang sangat selesa....harganya amat berpatutan berbanding dengan menginap di hotel...