selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Saturday, December 11, 2010

dua jiwa satu bahasa...

salam,
hari ni saya menghadiri kenduri kahwin tetamu yang menginap di VM....pengantin perempuannya tinggal di Kampung Melayu Kepong....pengantin lelaki ini berasal dari Surabaya. Ramai juga ahli rombongan pengantin lelaki...selain yang menginap di VM yang tiba pada hari rabu lepas...ada satu lagi rombongan yang tiba pada petang khamis....iaitu rakan-rakan bapa pengantin lelaki dan juga rakan-rakan pengantin yang sama-sama menuntut di Universitas Air Langga....rombongan yang datang kemudian tersebut menginap di hotel...

overall memang seronok juga sekali-sekala menghadiri majlis kenduri seperti ini....satu bangsa, satu bahasa dan satu agama....hanya adat dan budaya yang sedikit berlainan...

Tuesday, December 7, 2010

tamu dari Surabaya...

salam semua,

lamanya saya tak update blog ini....sebenarnya telah ramai tamu yang datang menginap di villa ma'arof sejak ia mula beroperasi, cuma saya tiada berkesempatan untuk mengambil foto-foto mereka...

memang setiap kali saya menerima kedatangan tetamu, saya agak kelam-kabut sedikit dan langsung lupa nak memetik kamera....bila proses menyambut tamu telah selesai dan saya pulang kerumah, baru teringat..."alah mak! lupa nak ambik gambar" ... itulah sebabnya takda gambar terbaru walaupun ramai yang telah datang dan pergi...

hari ni saya menerima kedatangan sekumpulan tetamu dari Surabaya seramai lebih kurang 15 orang.....mereka kemari untuk menghadiri majlis perkahwinan anak/anak saudara yang akan dilangsungkan pada hari jumaat dan sabtu ini di Kampung Melayu Kepong....mereka akan menginap di VM selama 5 malam....

saya rasa amat gembira menerima kedatangan bapak-bapak dan ibu-ibu dan harap kalian berpuas hati dengan suasana kediaman VM...:)

harap-harap saya ingat dan sempat ambil gambar sebelum mereka pulang ke Surabaya hari Isnin depan...