selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Homestay Villa Ma'arof.

Homestay Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Homestay Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Homestay Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau watsup.

Terima Kasih.
HARGA SEWA

Rumah 2 bilik - RM240/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan ~ RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 3 bilik - RM260/malam - 6 orang dewasa
(caj pembersihan - RM60 jika sewa utk 2 malam sahaja)

Rumah 2 + 3 bilik - RM450/malam - maximum 12 orang dewasa.
(tiada caj pembersihan)

Minimum stay ~ 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam (25%), 14 malam (35%) dan 30 malam (45%)
(tiada caj pembersihan)

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Wednesday, August 19, 2009

tetamu dari UK

Salam buat semua,
Malam ini saya akan menerima tetamu yang akan tiba dari London iaitu Puan Natrah. Puan Natrah yang tinggal di London pulang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya selama lebih sebulan. Walau bagaimanapun beliau hanya akan menginap di Villa Maarof selama lebihkurang 8 ke 10 hari sahaja.

Saya dengan senang hati menerima kehadiran tamu ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi tinggal di Villa Ma'arof.

Puan Natrah telah memberitahu kepada saya dari awal lagi yang beliau agak keberatan gambar beliau sekeluarga diabadikan di blog ini. Tidak mengapa, ia bukanlah satu kemestian.....dan saya menghormati hak setiap tetamu yang menginap di Villa Ma'arof.

Saya berharap Puan Natrah sekeluarga merasa senang dengan suasana Sungai Penchala dan gembira serta berpuashati sepanjang penginapan Puan Natrah sekeluarga di sini.

Disamping itu disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan.

"SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA"

Saturday, August 8, 2009

selamat jalan Puan Hawa

Inilah gambar tamu saya semalam, Puan Hawariah (duduk paling kanan) membawa rombongan ini untuk menghadiri majlis kenduri besannya di Taman Manjalara yang berkahwin dengan anak beliau. Harap Puan Hawa gembira tinggal di Villa Maarof, dan jika ada majlis kenduri di KL di lain masa jangan lupa untuk menginap di Villa Maarof ya. Tetapi saya berharap janganlah Puan Hawa bawa terlalu ramai ahli rombongan seperti kali ini ya.......hehe...

Friday, August 7, 2009

tetamu dari Ipoh

Seperti yang telah diaturkan, hari ini Puan Hawariah dari Ipoh tiba. Senang benar beliau mencari Sungai Penchala dan sampai kedepan pintu rumah tanpa perlu berpusing-pusing mencari lokasi rumah ini. Landmarknye senang sahaja, saya beritahu kepada Puan Hawariah. Setibanya ke Sungai Penchala, cari Masjid Al-Hidayah, jumpa Masjid Al-Hidayah, jumpalah rumah ini. Senang sangat.

Agak terkejut juga saya bila rombongan Puan Hawariah muncul. Yelah, saya pun taklah bertanya detail-detail berapa orang yang nak menginap di Villa Maarof, sebab tiada pengalaman sebelum ini sewakan rumah dengan cara begini. Memang ramailah, rombongan pengantin rupanya. Puan Hawariah menghantar anak lelakinya bernikah dan kenduri kahwin bagi sebelah pihak perempuan di Taman Manjalara, Kepong. Mereka datang 3 keluarga dari Ipoh, Teluk Intan dan Kedah.

Walau bagaimanapun saya gembira menyambut tamu ini. Mereka orang sekampung dan nampaknya gembira dengan apa yang mereka lihat serta layanan saya. Semoga selepas ini mereka akan terus memilih untuk menginap di Villa Maarof jika turun ke Kuala Lumpur. Cuma dilain kali saya akan pastikan mereka tidaklah datang dengan gerombolan yang ramai sebegini. Bukannya apa, pasti tidak selesa jika terlalu ramai kerana rumah tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan boleh didiami dengan selesa untuk enam orang dewasa pada satu-satu masa. Lebih dari itu ia menjadi terlalu crowded dan merbahaya jika berlaku kecemasan (kebakaran dan lain-lain)

Dalam keadaan kelam kabut tadi saya tidak sempat untuk snap photo mereka. Insyaallah, esok jika tidak lupa akan saya abadikan gambar tamu Villa Maarof kali ini dan akan saya postkan disini sebagai kenangan.

Wednesday, August 5, 2009

goodbye KZ and family

Terasa sedih petang ni melihat KZ sekeluarga berlalu pergi. Walaupun baru sebulan berkenalan dengan KZ, saya rasa seperti bertahun-tahun. Bukan senang nak dapat kawan yang ngam dengan kita. Cara pendekatan KZ sebagai kawan amat menyenangkan saya. Walaupun kita hanya berkenalan melalui facebook dan tidak pernah bertemu sebelum ini, ia tidak menghalang kita untuk menjadi seperti saudara (sekurang-kurangnya saudara seagama kan?)

Kak Zie tinggal di Villa Maarof dari 3rd of July hingga hari ini 5th of August. Beliau amat senang dengan kediaman tersebut...thanks KZ...  Gambar kenangan ketika kak Zie sekeluarga bersarapan di kediaman saya pada hari minggu yang lalu. Thanks kak Zie.

Katanya, lokasi kediaman tersebut sangat convenient kerana ia terletak di tengah-tengah antara KL dan PJ serta Shah Alam. Untuk ke KL hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja.

Katanya lagi beliau pasti akan kembali ke sini jika pulang ke Malaysia di lain masa, Insyaallah..... You're most welcome KZ. Walaupun jarak antara kita nun jauh beribu batu, dengan adanya kemudahan komunikasi online yang canggih ia menjadi terlalu dekat, cuma tangan je tak boleh di gapai.

Thank you again and remember me always.....