selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk menginap dengan budget yang terhad jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof adalah rumah town house 5 bilik yang terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya baik kerana ia mudah diakses dari highway dan berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco. Perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 30 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit perjalanan dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sesuai sebagai tempat bertanggak rombongan pengantin...ia juga sesuai bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga...semua bilik berhawa dingin...terdapat kawasan meletak kenderaan berhampiran.

jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi...:)

Hubungi saya dengan email atau anda boleh tempah di Airbnb untuk sewa hanya 1 unit 3 bilik atau 2 bilik sahaja.

Terima Kasih.
Zuraida

email: 55VillaMaarof@gmail.com
Harga Sewa:

2 bilik - RM220/malam - 6 orang dewasa

3 bilik - RM230/malam - 6 orang dewasa

5 bilik - RM410/malam - 12 orang dewasa

Cleaning service - RM60 per stay

Minimum stay 2 malam

Diskaun utk sewa 7 malam, 14 malam dan 30 malam

Sila hubungi email seperti yg tertera utk pengesahan.

Friday, December 7, 2018

Sedia terima tamu


Assalamualaikum, lama saya tak update blog ini....di sini saya ingin kongsikan sedikit maklumat Villa Maarof...

Lama saya tidak sewakan Villa Maarof sebagai homestay kerana ada penyewa tetap...kini kedua-dua unit sudah dikosongkan dan saya telah perbaiki mana yg kurang...menambah mana yg tiada...

Villa Maarof kini bersedia menerima tetamu...saya bahagikan kepada dua unit...2 bilik (tingkat bawah) dan 3 bilik (unit atas)

Anda boleh sewa melalui airbnb (lebih mudah bagi pihak anda juga saya) atau hubungi saya terus dgn menghantar email kepada zuraidakuzaifah@yahoo.com

Wifi (internet) akan mula ada pada minggu depan...sebagai tambahan kemudahan di Villa Maarof. TV Astro NJOI juga masih dalam proses utk disambungkan...

InsyaAllah seminggu dua lagi Villa Maarof akan memiliki kesemua kemudahan yg diperlukan...

Bagi anda yg tiada kenderaan, khidmat GRAB mudah di sini...anda boleh call di talian dan tidak mengambil masa yg lama utk GRAB tiba...

Masjid juga berhampiran bagi yg ingin bersolat jemaah...dan warung kampung dan restoran juga banyak di Sungai Penchala dan sekitarnya...

Sunday, October 14, 2018

Menginap di Villa Maarof

Assalamualaikum,

Anda perlukan tempat penginapan sekitar Damansara?

Villa Maarof terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Shah Alam. Akses yang mudah dari Tol Sungai Buloh, Tol Damansara dan Tol Jalan Duta. Harga yang berpatutan dengan lokasi yang baik. Berhampiran Ikea Mutiara Damansara, One Utama Shopping Mall, Tesco. Pusat bandar Kuala Lumpur hanya berjarak 30 minit perjalanan dengan kereta. Anda juga boleh ke Pusat Bandar dengan MRT, station The Curve dan Taman Tun berjarak 10 minit dengan kereta. Perkhidmatan Grab juga memudahkan perjalanan anda.

Saturday, September 22, 2018

easy access


Signboard tepi mainroad Sungai Penchala untuk ke Taman Tun Dr Ismail dan Mont Kiara.

Terdapat banyak kedai runcit dan restoran di dalam kawasan Sungai Penchala.



Masjid Al-Hidayah berhampiran dengan rumah. Besar dan cantik.

Signboard IKEA dan TESCO dapat dilihat dari Sungai Penchala. Dalam 5 to 10 minutes perjalanan dari Villa Maarof. Terdapat banyak restoran, foodcourt dan cafe di Ikea, Tesco, The Curve dan Ikano Power Centre.

 
Kedai runcit menjual barangan keperluan harian.