selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk bermalam dengan budget yang terhad, jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco...perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit berkereta dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sangat sesuai sebagai tempat penginapan rombongan pengantin untuk bertanggak...ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa...tempat ini juga sesuai bagi mereka yang datang untuk bercuti dan shopping...jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi....

Room tariff: RM230/night/unit...

Minimum stay 2 nights...

Untuk musim cuti sekolah/kenduri kahwin anda dikehendaki menyewa 2 unit sekali gus...2 unit tersebut boleh accomodate antara 10 ke 12 orang dewasa.

Hubungi saya samada di blog ini atau e-mail yang tertera di ruang sebelah kanan side column...Insyaallah saya akan hubungi anda kembali secepat mungkin.

Terima Kasih....

Friday, February 24, 2012

salam...

beberapa bulan sekali baru le saya menjengah kemari....kesian blog ni kan....:)

takda cerita nak dikongsi....walau bagaimanapun villa maarof masih menerima tetamu seperti biasa....terutama musim cuti sekolah....

tapi kini orang kahwin tak mengenal waktu...boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja jemputan ke kenduri kahwin dan sebagainya...

wbp taklah bermakna homestay ini hanya untuk disewa kepada mereka yang nak kahwin atau menghadiri kenduri kahwin....cuma so far memang penyewanya ramai yang terdiri dari keluarga atau saudara-mara pengantin.....

everyone welcome to stay at villa maarof...tidak kira samada untuk bercuti, berlibur, menghadiri kenduri dan sebagainya...:)

hubungi saya di 2 email yang tertera di bahagian tepi kanan blog ini jika berminat untuk menyewa villa maarof...terima kasih...


1 comment: