selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk bermalam dengan budget yang terhad, jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco...perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit berkereta dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sangat sesuai sebagai tempat penginapan rombongan pengantin untuk bertanggak...ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa...tempat ini juga sesuai bagi mereka yang datang untuk bercuti dan shopping...jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi....

Room tariff: RM230/night/unit...

Minimum stay 2 nights...

Untuk musim cuti sekolah/kenduri kahwin anda dikehendaki menyewa 2 unit sekali gus...2 unit tersebut boleh accomodate antara 10 ke 12 orang dewasa.

Hubungi saya samada di blog ini atau e-mail yang tertera di ruang sebelah kanan side column...Insyaallah saya akan hubungi anda kembali secepat mungkin.

Terima Kasih....

Tuesday, December 7, 2010

tamu dari Surabaya...

salam semua,

lamanya saya tak update blog ini....sebenarnya telah ramai tamu yang datang menginap di villa ma'arof sejak ia mula beroperasi, cuma saya tiada berkesempatan untuk mengambil foto-foto mereka...

memang setiap kali saya menerima kedatangan tetamu, saya agak kelam-kabut sedikit dan langsung lupa nak memetik kamera....bila proses menyambut tamu telah selesai dan saya pulang kerumah, baru teringat..."alah mak! lupa nak ambik gambar" ... itulah sebabnya takda gambar terbaru walaupun ramai yang telah datang dan pergi...

hari ni saya menerima kedatangan sekumpulan tetamu dari Surabaya seramai lebih kurang 15 orang.....mereka kemari untuk menghadiri majlis perkahwinan anak/anak saudara yang akan dilangsungkan pada hari jumaat dan sabtu ini di Kampung Melayu Kepong....mereka akan menginap di VM selama 5 malam....

saya rasa amat gembira menerima kedatangan bapak-bapak dan ibu-ibu dan harap kalian berpuas hati dengan suasana kediaman VM...:)

harap-harap saya ingat dan sempat ambil gambar sebelum mereka pulang ke Surabaya hari Isnin depan...

0 comments:

Post a Comment