selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk bermalam dengan budget yang terhad, jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco...perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit berkereta dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sangat sesuai sebagai tempat penginapan rombongan pengantin untuk bertanggak...ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa...tempat ini juga sesuai bagi mereka yang datang untuk bercuti dan shopping...jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi....

Room tariff: RM230/night/unit...

Minimum stay 2 nights...

Untuk musim cuti sekolah/kenduri kahwin anda dikehendaki menyewa 2 unit sekali gus...2 unit tersebut boleh accomodate antara 10 ke 12 orang dewasa.

Hubungi saya samada di blog ini atau e-mail yang tertera di ruang sebelah kanan side column...Insyaallah saya akan hubungi anda kembali secepat mungkin.

Terima Kasih....

Thursday, May 27, 2010

tambahan....

Assalamualaikum, lama juga saya tak menjengah kemari, sibuk dengan beberapa perkara yang berbangkit. Banyak juga permintaan untuk menginap di Villa Ma'arof sejak beberapa bulan yang lepas, cuma saya tidak update di blog ini.....ini kerana menghormati permintaan penyewa yang tidak mahu photo mereka diabadikan disini atas sebab-sebab peribadi dan sebagainya. Saya menghormati pendirian mereka.....saya tidak punya agenda lain....hanya ingin merekodkan dan mengingati penyewa rumah ini....itu sahaja.

Kini, terdapat dua unit rumah yang boleh disewa. Unit tingkat bawah telah di kosongkan oleh penyewa tetap dan saya tidak lagi menyewakan secara tetap. Saya telah lengkapkan unit bawah ini seadanya dan kini ia telah boleh diduduki. Terdapat 2 bilik dan jumlah maksima yang dibenarkan adalah 6 (enam) orang dewasa......Terdapat 2 buah katil super single, sebuah queen size bed dan mungkin saya akan tambahkan sofa bed atau extra bed yang boleh di gunakan untuk dua orang dewasa.

Rate sewanya adalah sama seperti unit diatas, iaitu antara RM200/per night.....ia boleh dirundingkan bergantung kepada jumlah hari yang diduduki. Walau bagaimanapun jika dihitung semula ia jauh lebih murah daripada bermalam dihotel dan lebih convenient lagi.

Oleh itu jika anda berminat untuk bertamu ke Sungai Penchala dan bermalam di Villa Ma'arof samada atas urusan peribadi, keluarga seperti kenduri kahwin atau bercuti bersama keluarga dan memerlukan tempat tinggal yang selesa dan berpatutan.....jemputlah ke Villa Ma'arof...

0 comments:

Post a Comment