Sebelum itu kerana kesibukan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan pemergian anak saya ke luar negara dan juga disebabkan ketiadaan pembantu rumah yang pulang kerana telah tamat kontrak....membuatkan langkah dan pergerakan saya tersekat. Pada bulan November pula saya bertamu ke Tanah Suci Makkah dan Madinah selama 40 hari. Rumah ini juga digunakan oleh anak-anak saya yang bermalam disini sepanjang pemergiaan saya dan suami ke tanah suci Makkah. Saya ada menerima beberapa e-mail yang menyatakan minat untuk menyewa rumah ini ketika saya di Makkah, tetapi ketika itu memang mustahil untuk saya melayan permintaan tersebut.
Bilik air juga memberikan sedikit masalah kepada saya, kerana ia mengalami kebocoran dan kini telah diperbaiki dan berada dalam keadaan baik. Penyewa tetap rumah di tingkat bawah juga telah berpindah dan kini terdapat dua unit rumah yang boleh saya sewakan kepada anda. Harga sewaannya bergantung kepada berapa lama anda ingin tinggal di Villa Maarof dan ia boleh dirundingkan. Jika ada pertanyaan sila hubungi saya melalui e-mail.
Bagaimana? nak bertamu ke Kuala Lumpur? mungkin atas urusan kerja, membawa keluarga bercuti, menghantar pengantin atau menghadiri kenduri-kendara, membeli-belah, pulang bercuti dari luar negara dan tidak mahu menyusahkan keluarga, mungkin anda memerlukan tempat tinggal sementara rumah anda direnovasi, maka Villa Maarof adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Ia adalah akses terbaik samada untuk ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Kelang, KLIA, ke Utara, ke Selatan atau ke Timur tanah air.......
Harga sewaannya jauh lebih murah jika dibandingkan penginapan di hotel atau rumah tumpangan dan ia sangat berbaloi. Hubungi saya seawal mungkin sebelum tarikh penginapan anda....ok!
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment