selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk bermalam dengan budget yang terhad, jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco...perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit berkereta dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sangat sesuai sebagai tempat penginapan rombongan pengantin untuk bertanggak...ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa...tempat ini juga sesuai bagi mereka yang datang untuk bercuti dan shopping...jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi....

Room tariff: RM230/night/unit...

Minimum stay 2 nights...

Untuk musim cuti sekolah/kenduri kahwin anda dikehendaki menyewa 2 unit sekali gus...2 unit tersebut boleh accomodate antara 10 ke 12 orang dewasa.

Hubungi saya samada di blog ini atau e-mail yang tertera di ruang sebelah kanan side column...Insyaallah saya akan hubungi anda kembali secepat mungkin.

Terima Kasih....

Wednesday, August 19, 2009

tetamu dari UK

Salam buat semua,
Malam ini saya akan menerima tetamu yang akan tiba dari London iaitu Puan Natrah. Puan Natrah yang tinggal di London pulang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya selama lebih sebulan. Walau bagaimanapun beliau hanya akan menginap di Villa Maarof selama lebihkurang 8 ke 10 hari sahaja.

Saya dengan senang hati menerima kehadiran tamu ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi tinggal di Villa Ma'arof.

Puan Natrah telah memberitahu kepada saya dari awal lagi yang beliau agak keberatan gambar beliau sekeluarga diabadikan di blog ini. Tidak mengapa, ia bukanlah satu kemestian.....dan saya menghormati hak setiap tetamu yang menginap di Villa Ma'arof.

Saya berharap Puan Natrah sekeluarga merasa senang dengan suasana Sungai Penchala dan gembira serta berpuashati sepanjang penginapan Puan Natrah sekeluarga di sini.

Disamping itu disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan.

"SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA"

0 comments:

Post a Comment