selamat datang

Jika anda memerlukan ruang yang selesa untuk bermalam dengan budget yang terhad, jemputlah ke Villa Ma'arof.

Villa Ma'arof terletak dalam perkampungan Sungai Penchala. Lokasinya amat strategik iaitu berhampiran pusat beli belah The Curve, Ikea, One Utama dan Tesco...perjalanan ke KL hanya mengambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan kereta.

Dari Sungai Penchala anda boleh ke Shah Alam dan Kelang melalui NKVE, ke pantai timur melalui lebuhraya Duke dan MRR2 dan ke selatan menggunakan federal highway melalui Seremban.

KL Sentral berada pada jarak 10 hingga 15 minit berkereta dari Sungai Penchala...KLIA dan LCCT mengambil masa sekitar satu jam tempoh perjalanan dengan kenderaan.

Villa Ma'arof sangat sesuai sebagai tempat penginapan rombongan pengantin untuk bertanggak...ia boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam satu-satu masa...tempat ini juga sesuai bagi mereka yang datang untuk bercuti dan shopping...jika dibandingkan dengan hotel, kadar sewa Villa Ma'arof jauh lebih murah dan lebih berbaloi....

Room tariff: RM230/night/unit...

Minimum stay 2 nights...

Untuk musim cuti sekolah/kenduri kahwin anda dikehendaki menyewa 2 unit sekali gus...2 unit tersebut boleh accomodate antara 10 ke 12 orang dewasa.

Hubungi saya samada di blog ini atau e-mail yang tertera di ruang sebelah kanan side column...Insyaallah saya akan hubungi anda kembali secepat mungkin.

Terima Kasih....

Friday, August 7, 2009

tetamu dari Ipoh

Seperti yang telah diaturkan, hari ini Puan Hawariah dari Ipoh tiba. Senang benar beliau mencari Sungai Penchala dan sampai kedepan pintu rumah tanpa perlu berpusing-pusing mencari lokasi rumah ini. Landmarknye senang sahaja, saya beritahu kepada Puan Hawariah. Setibanya ke Sungai Penchala, cari Masjid Al-Hidayah, jumpa Masjid Al-Hidayah, jumpalah rumah ini. Senang sangat.

Agak terkejut juga saya bila rombongan Puan Hawariah muncul. Yelah, saya pun taklah bertanya detail-detail berapa orang yang nak menginap di Villa Maarof, sebab tiada pengalaman sebelum ini sewakan rumah dengan cara begini. Memang ramailah, rombongan pengantin rupanya. Puan Hawariah menghantar anak lelakinya bernikah dan kenduri kahwin bagi sebelah pihak perempuan di Taman Manjalara, Kepong. Mereka datang 3 keluarga dari Ipoh, Teluk Intan dan Kedah.

Walau bagaimanapun saya gembira menyambut tamu ini. Mereka orang sekampung dan nampaknya gembira dengan apa yang mereka lihat serta layanan saya. Semoga selepas ini mereka akan terus memilih untuk menginap di Villa Maarof jika turun ke Kuala Lumpur. Cuma dilain kali saya akan pastikan mereka tidaklah datang dengan gerombolan yang ramai sebegini. Bukannya apa, pasti tidak selesa jika terlalu ramai kerana rumah tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan boleh didiami dengan selesa untuk enam orang dewasa pada satu-satu masa. Lebih dari itu ia menjadi terlalu crowded dan merbahaya jika berlaku kecemasan (kebakaran dan lain-lain)

Dalam keadaan kelam kabut tadi saya tidak sempat untuk snap photo mereka. Insyaallah, esok jika tidak lupa akan saya abadikan gambar tamu Villa Maarof kali ini dan akan saya postkan disini sebagai kenangan.

0 comments:

Post a Comment